Tuesday, 11 October 2011

Peranan Suami ketika Isteri Mengandung


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
As kristal:banyak pergorbanan sebenarnya suami dah buat untuk saye, aktiviti bersama kawan2 tiada selepas berkahwin..melainkan hanya dipejabat..selebihnya Suami BERSAMA saya dirumah habeskan masa bersama.Alhamdulilah..


(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
As Kristal: Suami juga perlu ambil tahu tentang pemakanan berkhasiat untuk ibu ngandung nih, banyakkan search kat internet or forum2 kalo malu nak bertanya kawan2...kalo boleh mase time lunch bawak isteri g makan, or tapaukan isteri..x pon talepon isteri kat opis, tanye makan ape..hambek la berat sket kan..
 

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
As Kristal: Iyer..sangat tepat, segala pergerakan jd lembab hehe..tambah2 lagi dah sarat..adeii..nak g toilet pon rase mcm jauhh..nak berjalan terpaksalah jalan slow..kalo x sakit kat bahagian kelengkang..yang suami perlulah pimpin isteri..kasihan taw ibu mengandung ni..jgn ketawekan pulak..grrr..grr..
 
 
 
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
As Kristal: Diatas jika Suami yang dah biase buat kerja umah yer..bagi yang buat-buat tak tahu si isteri juga perlu bersuara..mintak tolong dengan suami, kdg2 sesetengah lelaki EGO untuk buat kerja umah..bg mereka kerja umah adalah untuk pompuan sahaja..tak macho la kalo member2 tahu.----kisah benar ni!
 


(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
As kristal: yer..kalo isteri marah, merajuk. kecik hati, menangis tetibe tu bukannye mengade2 atau nak simpati..tp itu adalah perasaan yang spontan..ianya  tibe datang tanpa diundang..hati kristal la plak kan...suami perlu banyak bersabar, bukannye ckap 'Awak ikotkan sangat perasaan tue'-----> statement yang kejam okey bagi ibu mengandung...sebaiknya bagi kata2 semangat dan pujukla isteri anda...
 


(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
As kristal: merasa air tangan suami adalah satu yang istimewa bagi isteri..kalo x pandai masak bawak isteri makan kat luar yer..hehe...senang je..dapor pon x yah berkecah....
 
 

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
As kristal: Mengandung memerlukan tenaga yang banyak, siang penat di pejabat, malam harus menguruskan anak2 lain..penat..ibu mengandung pula cepat rase mengantukkkk...bukan malas yer..kadang2 tahap tenaga tidak mencukupi..hendak jalan pon termengah2.nikan pula hendak uruskan umah dari depan ke belakang..Fengsan....Suami amat diperlukan untuk membantu.
 

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
As kristal: jika kandungan sudah sarat, eloklah jgn tinggalkan isteri sesorang kat umah..bawak bersama @ ada yang temankan, x pon handphone sentiasa ade kredit ye..
 
 

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
 As Kristal: hehee..pinjamkan tangan suami untuk picit2 kaki, pingang2 kepala dan lain lagi..bukan senang nak dapat layanan yang mcm ni..hehe..kalo anak 1st layanan memang 1st class la..kalo ank yang kedua kurangla skit layananye sebb Suami selalunye akan tertumpu pada anak yang pertama...hehe..soo bersedialah anda semua..yang penting Doa dan senyummmm selalu..
 
 

1 comment: