Monday, 19 September 2011

Kahwen + Raya = nikmat hari raya


Salam kepada semua....

Selamat Hari Raya kepada Uolss!..
belog ini nampknye semakin sakit..ini disebabkan Tuan punye belog sebok mementing diri sendiri dengan beraya dan open house sane sini...sorie la belog...

memang terlalu bz sepanjang bulan ini, sampaikan gambar raya pon smpai sekarang tak upload-upload lagi..InsyaAllah nt uploadla..*raya haji kot baru uplod..hehe

sepanjang minggu bz dengan beraya rumah ke rumah, motip sampingan nak kumpol duit raya untuk Aiman Hariz..hehe..Alhamdulilah..reziki anak-anak memang murah..

Sabtu lepas My BFF dah selamat bersanding di sebelah pihak lelaki di linggiu..Mia, kamo nmpak sgt Cantik dan comel dan kiut dan miut..semualah..terserlah kecantikan kamo..sgt cantik ok..terase nak naik pelamin lagi sekali jeee..

Banyak kenangan dengan Mia nih..salah sorang kawan yang rapat mase kat umah sewa dulu..meh layan pic beliau yang HOTT!

 







TAHNIAH MIA dan IWAN


dan seterusnya adalah Puan Mieja...
 






 
 
rakan seOffice...Tahniah pada kamu Mieja& Mamat..kamo sgt cantik!!

 




doa untuk pengantin

'Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.'

Amin........

No comments:

Post a Comment