Thursday, 9 June 2011

Astro naik Harga!! ..OMG..OMG

Sabri Yaakob Bantah Naikkan Pakej Astro



KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pengendali perkhidmatan televisyen satelit berbayar, Astro menaikkan harga pakej salurannya sebagai tidak wajar.

Kata beliau kepada mynewshub.my, Astro yang memonopoli perkhidmatan televisyen satelit berbayar di negara ini seharusnya peka dan memikirkan terlebih dahulu implikasi kenaikan tersebut dalam suasana masyarakat tempatan yang dibebani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Sepatutnya Astro menimbangkan perkara ini (kenaikan harga pakej) terlebih dahulu melihatkan suasana sekeliling dengan orang ramai dibebani dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,

“Sudah lah kita juga membayar untuk menonton filem-filem baru, dan pada masa yang sama, ada iklan komersial yang diselitkan dalam tayangan, oleh itu, tidak adil untuk Astro menaikkan harga pakejnya pada ketika orang ramai terbeban dari segi kewangan,

“Kerajaan juga menanggung beban yang banyak tetapi masih memikirkan masalah rakyat dan beban pengguna, Astro walaupun dimiliki secara persendirian hendaklah prihatin dalam hal-hal sebegini,” katanya mengulas kenaikan harga pakej Astro.


 
Walaupun ada pihak-pihak yang berkata, tonton lah TV1, TV2 dan TV3 jika tidak mahu membayar, ini tidak adil bagi orang ramai terutama pelanggan semasa Astro yang sudah sekian lama menikmati tayangan program-program menarik dalam Astro seperti Akademi Fantasia, Maharaja Lawak selain drama-drama ekslusif yang disediakan, ujar beliau lagi.

Mulai 11 Julai ini, Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.


Menteri yang terbabit secara langsung dalam kawal selia Astro menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim walau bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen terhadap tindakan Astro itu.


credit to fikriadhiey.blogspot.com
________________________________________________________

Hambik ko sasape yang pakai astro..naik arge..hadoii..serius la mcm chiken, dah la harga minyak, ayam, segala lagi yang naik..ni TB pon nak naik gak.pening la mak cik2 kat kmpong tu..mahunye tak kene membebel.... sian kat mereka taww...


umah den mang x de Astro..umah mak je yang ade..hehe..jd sian la kat mak saye nak bayar..lari la bajet dorang sume..ish2..x patot betol la!


tengoklah, Menteri pon bantah, sebb pe?dorang pon pakai Astro gak la..hehe...lagi 1 die pon tau bebanan rakyat nak tangung cmner..sian wei mak2 yang nak tgok citer P.Ramlee sume...


kalo cmni kite tgok kat Youtube jelah!..hehe..abeslah Rancangan Akademi Fantasia, Maharaja Lawak sume..mentang2 la rmai yang nak tgok final Maharajalawak, AF?saye rase x ramai dah yang tengok AF...hehe...betollll budak2 Af pon saye x kenal..yang saye penah dengar KAY je..sebb ejaan dekat2 gan Gay eh..heeeeeeeeee, lagi 1 hazama, sebb die kan dah jd artis b4 ni...cmne tah leh masuk balik..ish2...


kesimpulannya: gune jelah saluran biase..tgok Tv1,2,3,7,9..dapt free channel: suria,channel8, mane2 yang kat Johor, dapatla tengok TV Indonesia, RCTV, TPI, SCTV. oke!..fuhhh.kan byk tuh..heee..

No comments:

Post a Comment